Sejarah dan gambaran keseluruhan Halaman pengakuan

Halaman pengakuan tanpa nama menjadi tular di internet pada tahun 2012 selepas halaman dibuat di Facebook dipanggil OMG Confessions, yang pada asalnya hanya terhad kepada ahli pengguna Facebook yang berumur 18 tahun ke atas. Walau bagaimanapun, trend itu telah tersebar di seluruh dunia. Pelajar kolej di India, Amerika dan Great Britain mula menggunakan halaman pengakuan dalam talian juga. [4] Seorang pelajar telah memberi pandangannya ke Buzzfeed, "Semua orang berkongsi begitu banyak hal atau isu tentang diri mereka sendiri. Ia agak mengganggu dan bersikap berlebih-lebihan, tetapi menghiburkan. [5] Halaman Facebook untuk pengakuan mula muncul untuk kampus kolej besar dan kecil di seluruh Amerika Syarikat. Sekolah menengah juga telah memaparkan halaman pengakuan ini, tetapi beberapa halaman pengakuan telah ditutup kerana terdapat elemen buli siber telah berlaku. Walaubagaimanapun, terdapat pengulas sosial yang mengatakan halaman pengakuan ini penting kerana ia boleh berfungsi sebagai sistem sokongan kepada pengaku, menawarkan nasihat (dari pembaca kepada pengaku) untuk pengakuan yang menghadapi masalah emosi atau kemurungan dan isu-isu lain. [6] Walaubagaimanapun, sistem sokongan ini tidak selalunya berlaku dan efektif kepada pembaca atau pengaku. Di peringkat sekolah, pihak polis telah meminta Facebook untuk menutup dua halaman pengakuan kerana kandungan halaman tersebut penuh dengan pengakuan berunsur kebencian dan seksual. [6] Di peringkat universiti, kebimbangan pentadbir universiti bukanlah pada isu buli akan tetapi perlindungan jenama. Menurut New York Times, pentadbir kampus berasa bimbang bahawa "orang luar akan tersilap merasakan halaman bebas ini - dengan logo sekolah dan bangunan mercu tanda mereka - merupakan refleksi kehidupan kampus yang tidak selari dengan refleksi universiti." [7] Beberapa universiti termasuklah univesiti dan sekolah di San Francisco telah meminta halaman pengakuan yang khusus pada universiti atau sekolah mereka untuk menghentikan sebarang penggunaan logo sekolah, foto dan bangunan ikonik mereka di dalam halaman pengakuan mereka. [8] Universiti pula tidak mahu orang luar mengaitkan perbincangan yang negatif di halaman pengakuan sebagai gambaran sebenar terhadap kehidupan sekolah dan kampus mereka.

Memandangkan halaman pengakuan ini adalah tanpa nama, perkara ini membuatkan sukar bagi ibu bapa dan pentadbir sekolah untuk menutup halaman-halaman pengakuan ini sepenuhnya. Mereka boleh melaporkan halaman ini kepada pentadbir laman web tetapi melainkan halaman tersebut melanggar syarat perkhidmatan laman web, halaman tersebut tidak dapat ditutup kerana ia tidak melanggar apa-apa peraturan. Sebagai contoh, inilah yang Facebook katakan tentang halaman ini, "Halaman ini, sama seperti setiap halaman lain di Facebook, masih bertanggungjawab sepenuhnya kepada syarat kami. Jika kandungan melanggar [syarat] kami, maka kami berhak untuk memadam dan dalam beberapa kes memadamkan halaman itu sepenuhnya. Kami mengekalkan infrastruktur pelaporan yang teguh untuk mengawasi kandungan-kandungan yang menyinggung perasaan atau berpotensi memberi bahaya kepada masyarakat. Infrastruktur pelaporan ini termasuk pasukan penyemak terlatih yang bertindak balas terhadap laporan dan meningkatkannya kepada penguatkuasaan undang-undang mengikut keperluan." [5] Jikalau terdapat halaman pengakuan yang ditutup, orang lain boleh sahaja membuat halaman pengakuan yang baru menggantikan yang lama dengan mudah. Pelajar yang menyediakan halaman ini mesti menggunakan identiti sebenar mereka semasa membuat halaman, tetapi boleh menyembunyikan identiti mereka apabila mengurusnya. [6] Facebook secara rutin menyemak halaman dan menerima aduan tentang kandungan yang mempunyai unsur yang tidak sesuai atau, jika perlu, menutup halaman sepenuhnya.

Rujukan

WikiPedia: Halaman pengakuan http://www.cbc.ca/news/canada/thunder-bay/school-b... http://www.dailycamera.com/ci_22877547/confessions... http://www.huffingtonpost.com/2013/03/27/confessio... http://www.insidehighered.com/news/2013/02/26/coll... http://mashable.com/2013/03/19/facebook-confession... http://www.mercurynews.com/ci_22817076/students-te... http://missoulian.com/news/opinion/editorial/confe... http://www.thehindu.com/features/education/confess... http://www.centraltimes.org/features/2013/12/06/ce... http://tribune.com.pk/story/535191/social-stigma-b...